Monday, January 14, 2013

P. Perakaunan

Hi januari. Assalamualaikum wahai saudara sesama islam & selamat hari isnin ((hari dibenci pelajar)). Kehidupan di alam form 4 ni memang -senang- sangat senang ye. Paling pening sekali awal tahun ni nak pilih aliran apa untuk pekerjaan masa depan nanti. Setelah penat berfikir akhirnya sastera dipilih oleh emak dan saya. Kata emak saya, sastera membaca je alang alang awak suka baca novel, lebih baik ambil sastera tapi novel sastera bukannya pasal cinta sweet semua tu oh god. Paling tak boleh blah sekali, jadah haram buat penat fikir, rupanya cikgu dah tetapkan aliran berdasarkan result pmr memang asdfghjkl annoying. Kata pihak sekolah kalau tak suka dengan aliran yg cikgu tetapkan boleh ambil borang...... Semua fikir boleh ambil borang tukar kelas tapi rupanya ((((tukar sekolah)))) nokhrom. Frust menonggeng. Maka takada keputusan yg diambil, takada pilihan nak dipilih, maka aliran yg ditetapkan untuk saya ialah prinsip perakaunan yay yay! Math dengan aku sebenarnya tak boleh bersama tapi dah jodoh. Benci macam mana pun kalau dah jodoh tak boleh lari kena bersama juga dengan number number. Alergic rasa tengok number tapi pasghah jelah.

Setelah 7 hari bersekolah iaitu bersamaan dengan seminggu. Dunia perakaunan sudah sebati dengan hidupku. Daripada pindah sekolah semata mata sebab aliran memang tak lah. Mgs dah sebati dengan jiwa aku. Kawan dekat situ pun dah jadi separuh jiwa aku. Kenapa mesti berpisah sedangkan kita tak boleh tinggalkan apa yg dah jadi tabiat kita? Selagi mampu teruskan. Melepaslah shaks. Aku lepaskan shaks pergi bersemadilah kau dekat damansara tu. Mgs jiwa aku. Selamat bekerja untuk kakak tercinta (((annoying))) di parkson. Semoga dapat gaji dan bagi adikmu ok.

Selamat tinggal-

No comments: